Thursday, October 22, 2009 Posted by auni aizamieya  

Puas dia mencari disekitar tangga rumahnya namun ianya tidak kelihatan.

“Maakkkkk” jeritannya memecah sunyi pagi

“apa yang kecoh pagi-pagi ni zara?” ibunya muncul di depan pintu

“mak Nampak tak selipar Zara kat sini?”

“Tak ada pulak mak Nampak, kenapa?” pelik dia melihat gelagat anak kecil itu yang begitu menyayangi selipar kecil yang pernah dihadiahkan oleh tok wannya itu.

“Zara memang letak kat sini mak, Zara ingat lagi Zara balik dari rumah tok wan tadi Zara naik kat tangga depan ni”dia tidak puas hati selagi dia tidak menjumpai selipar kesayangannya itu.

“tak apalah pakai je apa yang ada kat depan tu” akhirnya dia patuh namun rungutan tetap keluar dari mulutnya. ‘memang nak kena lah siapa yang berani-berani nak pakai selipar aku tu’ dia membebel sendirian. Kakinya pantas menyarungkan selipar birru milik ibunya.

“haa, nak kemana tu?”laung ibunyanya. Dia berhenti mengatur langkah. Teragak-agak dia menjawab, “hmmm, lupa pulak nak pergi mana tadi” dia menggaru kepalanya. Runsing dia memikirkan seliparnya yang hilang

“hai...apa nak jadi dengan kamu ni Zara? Mak pun x faham” ibunya meninggalkannya sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. Dia masih termanggu di halaman rumahnya.


**********************************************************************************


“Wei Jarah rongak!!!” dia meneruskan langkahnya tanpa menghiraukan Sudin dan kawan-kawannya yang giat mengusiknya.

“Man kau tahu tak mak aku cakap hantu pocong tu gigi dia rongak tau" beriya-iya Sudin bercerita dengan Leman teman baiknya itu.

“Betul ker Din? Ko pernah Nampak ker?” bersungguh-sungguh Leman bertanya.

“Aku tak pernah tengoklah tapi mak bila mak aku cakap hantu pocong itu gigi dia rongak... aku boleh bayangkan mukanya mesti makam Jarah rongak ni”kata-kata Sudin di sambut dengan gelak sorak kawan-kawannya.

“Pocong tu ada gigi ker Din?”soal Leman lagi dalam keriuhan tawa mereka.

“Tak Nampak kat depan tu? Pocong yang lain aku tak tahu yang aku tahu pocong yang kat depan kita ni ada gigi rongak kat depan” mereka ketawa lagi.

Hatinya bertambah sakit. Air matanya yang berjurai dipipi diseka dengan belakang tangannya. Memang Sudin suka cari pasal dengannya. Setiap petang, bila balik dari sekolah, Sudin dan kawan-kawannya setia menunggu di bawah pokok kelapa di selekoh jalan balik kerumahnya itu. Ada saja kata-kata yang menyakitkan hatinya. Lelaki yang didendaminya itu merupakan anak bongsu kepada Haji Khalid lelaki yang berhemah tinggi dan baik hati serta disenangi oleh semua orang. Tetapi perangai Sudin jauh menyimpang dari sifat ayahnya. Sudin dirasakan bukan anak kandung Haji Khalid melihat perangai budak lelaki itu yang seperti anak setan yang begitu menyakitkan hatinya.

“Wah Jarah rongak jalan laju ar Sudin” Hisham pulak menegur.

“Ni pocong versi terbaru kat pasaran tau, jalan bukan lompat-lompat lagi, sekarang jalan terus macam nak pergi berlumba kat sukan olimpik” hilai ketawa mereka kedengaran lagi. Lantas dia berhenti dan berpaling. “Korang nak apa lagi ha? Sampai bila korang nak kacau aku?” serak suaranya menahan tangis.

“Sudin nak jadikan ko tu bini dia, hah lepas ko jadi bini dia, takde siapa lagi nak kacau ko, takut lemam biji mata dia dengan Sudin” Man menyampuk

“Diamlah Ayam! Ko Sudin, sampai bila ko nak kacau aku ha? Tak puas-puas lagi ker?” tajam matanya memandangwajah Sudin yang tersengih-sengih di depannya itu

“sampai ko jadi bini aku lah

“Bini??” budak yang kurang siuman. Baru darjah lima sudah bercakap pasal kahwin. Sesaat dia menyumpah-nyumpah didalam hati.






“Jauh mengelamun, da sampai mana?” Tegur Mak LangPiah. Dia tersipu malu bila ada orang menyedari gelagatnya.

“Takde apa-apa Mak Lang Cuma terkenang kisah dulu-dulu je, masa kana-kanak, rindu sangat kat kampung ni” matanya menatap sawah padi yang terbentang luas dihadapannya

“Iye la dah lama kamu tak balik, seingat Mak Lang pun kali terakhir kamu balik masa majlis Mak Su kamu. Tu pun 10 tahun lepas. Sekarang ni anak mak Su kamu da masuk 3 orang baru Nampak muka kamu lagi” riuh mulut Mak Lang Piah

“bukan saja-saja tak nak balik Mak Lang, dulu sibuk nak belajar, sekarang sibuk dengan kerja pulak. Lagipun mak tu tak sihat sangat nak bawa berjalan jauh selalu”

“Mak Lang faham Zara , saja nak usik Zara tadi” dia tersenyum ikhlas.

“Kak Zara, Kak Zara, ...Kak Suria panggil masuk bilik”Zarina, anak Mak Andak dating mengamitnya. Tangannya ditarik.

“Jom la Kak Zara, Kak Suria cakap ada benda penting ia nak beritahu ngan Kak Zara” dia tergelak kecil melihat wajah cemberut Zarina bila dia berpura-pura engan mengendahkannya.

“Jomlah, Mak Lang, Zara minta diri kejap”

Bilik pengantin itu di hias indah. Warna hijau epal dan krim begitu menarik apatah lagi dengan kehadiran bunga lili segar menghiasi setiap sudut.

“Wei aku tak sempat nak jumpa ko semalam” sebaik masuk Suria terus menyapanya.

“Aku pun balik awal sangat semalam, tak larat, penat sangat drive 4 jam tau”

“Iya aku faham, tapi ni ada orang titipkan salam untuk ko” Suria tergelak kecil.

“Mengada-ngada ar dier ni”

“Aku cakap betul ler, semalam orang tu Nampak ko tapi ko buat-buat tak kenal je katanya, dia nak tegur ko pun jadi segan”

“Ala kalo da Nampak tu tegur je ar, takdenya aku nak g lari 100 meter kalo orang tegur aku bebaik” Suria masih dengan gelaknya.

“Iye ker? aku rasa ko pun da tak cam dia sekarang”

“Mak Ngah mana dari tadi tak Nampak-nampak?”

“Adak at dapur tu, sibuk melayan semua orang, saja je tau dia ne nak lari dari topic!” giat Suria mengusiknya.

“Mana ada , banyak kerja kat luar tu yang aku boleh tolong dari aku layan cerita dongeng ko ne” dia cuba member alasan untuk keluar dari situasi itu.

“Ala tak bestnye ko ne, aku baru nak kenen-kenen kan ko ngan orang tu”

“aku tak ada masa lah untuk semua tu, ko bagi ker tak aku keluar ne? Kalo ko x nk aku trpaksa tarik dengan ko sekali keluar dari bilik ne” Suria hanya ketawa mendengar ugutannya itu.

“Macam berani! Iya lah pergi lah, ko memang tak sayangkan aku” rajuknya.

“nakjadi bini orang pun nak merajuk-rajuk lagi, pigi daaa...”akhirnya mereka ketawa.

“Selamat pengantin baru, semoga ko bahagia dengan Abang Leman cap ayam tu” bahunya dipukul manja. Tubuh Suria dipeluk erat sebelum dia meninggalkan pengantin baru itu.





“Assalammualaikum..” pantas dia menoleh. Wajah tersenyum di hadapannya ditatap tak berkelip.

“Apa khabar?”

“Baik Alhamdulillah, hmm” dia ingin sekali bertanya siapa gerangan putera kayangan yang berdiri di hadapannya sekarang.

“Awak da tak ingat saya lagi ker?” Wajah itu masih tersenyum.

“Sorry...”Ucapnya lembut

“Takpe saya pun bukannya penting sangat untuk awak nak ingat”

“Jangan la ambik hati saya ne memang pelupa orangnya” rasa malu pulak dengan tingkahnya sendiri.

“Takpe saya tak kisah, kerja kat mana sekarang? Lama tak jumpa kan..” dia masih menantikan lelaki itu memperkenalkan dirinya.

“Boleh saya tahu nama awak?”lelaki itu tersenyum.

“Saya Sudin..awak ingat lagi?”

“Sudin?? Su.. Sudin Bongek?”

...tunggu selepas ne tau...bersambung!!!







0 comments

 
Blogger Template By Lawnydesignz